Posts Tagged ‘malaysial’

(spr) ? bersih : kotor

February 26th, 2008 3:04 am

801018775059

cuba gi cek ic ni kat senarai orang yang layak mengundi utk PRU ke 12 kat http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp

pastu bagi tahu gua ape kejadah orang tahun 1880 pun bole mengundi lagi di zaman millenium skrang ni? umur 128 ada ke yang hidup lagi? setahu gua rekod orang paling lama hidup kat malaysia tak sampai pun 128 tahun..

ni taktik kotor pengundi hantu ke ape? atau gua silap,mungkin pengiraan umur orang lahir sebelum tahun 1900 lain sket. kalau lain pun,sah sah orang yang lahir tahun 1901 pun umur 107 je.

system error? gua rasa tidak, sebab bukan satu ic ni je wujud.

ada melambak lagi, sila google no ic ni nanti ada la senarai senarai yang lain

kalau betul la benda ni, memang sial la spr ni.. dah la gua nak daftar mengundi pun kena ambik masa hampir satu tahun. cara betul slogan telus dan cekap diorang. memang telus! memang cekap..! ya…memang bersih

gua tak tau la salah ke tak dari segi undang undang/perlembagaan malaysia untuk post benda ni. kena tangkap pun tangkap la.. ape gua pedulik. ISA PUN ISA LA LABU

dan kepada tuan no ic tu..sorry la brother, R.I.P
bersih ke spr?

fikir*fikir …sekian.

mata kabur hati buta

January 5th, 2008 4:11 pm

sekarang tengah kecoh pasal yuran peperiksaan dan dimansuhkan,yuran sekolah pun tak payah bayar tapi ibubapa still kena bayar mahal kat sekolah. aih..ape kebodoh bangang nye rakyat malaysia ni?? tak pernah tengok ke kat kertas yuran anak anak mereka tu,yuran sekolah rm9.50 je kalo tak silap gua. yang tu je kerajaan kasi free! len len kena bayar,pibg..buku latihan,buku disiplin dan lain lain tambahan yang sekolah tetapkan. benda tu yang mahal! paham?

aku pun tak faham la macamana terlalu mudah rakyat malaysia mudah tertipu dengan kata kata kerajaan. aku ingat lagi masa dr M cakap cukai jalan untuk motor bawah 150cc dimansuhkan. pergh!! satu malaysia bersorak sbb tak payah bayar rm2. bangang kan?

betullah orang kata..zaman sekarang ni, yang miskin terus miskin dan yang kaya semakin kaya.

tengok la time buku teks akan dibekalkan untuk semua pelajar,bersorak orang orang kampung dan mereka yang berpendapatan rendah.wahh hebat la kerajaan malaysia,sangat perihatin terhadap rakyat.hoii!! orang miskin memang dapat pun buku teks tu sejak dulu dulu lagi…ni kegembiraan untuk orang kaya lah! diorang dah tak payah kuar duit!simpan untuk benda lain plak

tengok la berapa je sebenarnya kerajaan potong

yuran mansuh = rm 9 lebih
roadtax mansuh = rm 2 je

hebatkan kerajaan kita mengambil hati rakyat,rm 11 je kosnya

*fikir * fikir *


who's online