duit satu sen

June 15th, 2008 12:03 am

gua rasa duit satu sen dah tak laku sekarang ni kan?? apsal market kat kampung gua guna lagi satu sen ni?? bangang betul la gua, tiap kali beli je bawah balik duit satu sen.

tapi time gua nak bayar dengan duit satu sen ni, tanak plak. gua ada tanya itu makcik cashier bukan ke dah tak pakai satu sen, selambe kentang je dia jawab “selagi ada kita pakai je la..nanti lama lama habis la tu”

bangkai punya orang, sampai mampos pun tak abis satu sen ni selagi dok pusing situ la.

mana penguatkuasaan? mana kuli kuli kere-jaan kita? orang dah kasi gaji baekk… lagi kerja malas ka?

belajar bahasa inggeris secara online

June 14th, 2008 4:28 am

masuklah website chedet.com, bagus artikel artikel dia..

selain menyediakan artikel dalam 2 versi. disertakan artikel dalam bahasa inggeris dan versi terangselit dalam bahasa melayu malaysia malaysia melayu!

selain memanfaatkan dari segi kemahiran bahasa inggeris dan bahasa melayu malaysia malaysia melayu! ia juga dapat membuka otak anda yang beku itu

sekian

pernah dengar tak???

June 8th, 2008 1:21 pm

pernah dengar tak orang bisnes jual nasi kerabu tak mampu makan nasi kerabu?

pernah dengar orang tanam tebu tak mampu beli air tebu?

pernah dengar tak… orang bela ayam tak pernah makan ayam sebab harga ayam mahal.

tak pernah dengar kan?? gua heran, apsal kita hasilkan minyak, tapi kita kena beli minyak sendiri mahal - mahal??

cikgu sekolah gua dulu penah cite, kitaalaah negara pengeluar padi.. kita terkenal dengan kedah jelapang padi, kelantan pun bole tahan dalam pengeluaran padi. sekarang beras tara cukup?? apaheii? apakah gua telah tertipu sepanjang jadi budak sekolah?

“bukak bisnes nasi kerabu… makan nasi lemak, dapat untung beribu… tapi apa pun tak nampak”

politik itu ibarat membakar ayam

June 8th, 2008 4:21 am

kalau kita membakar ayam, kita takleh tumpukan perhatian kat satu tempat (pihak) saje, nanti hangit plak belah lain. begitu juga politik, jangan tumpu kawasan bandar sahaja, nanti orang miskin kat kampung jadi terbiar dan memberontak

kalau kita membakar ayam, kita kena selalu balik - balik ayam tu suapa tidak terlalu hangit sebelah, begitu juga dengan politik, kita mesti sentiasa memeriksa khadam khadam (menteri) kita ni supaya tidak bergelumang dengan najis rasuah.

kalau kita membakar ayam, jikalau api terlalu besar.. cepat cepatlah kita perlu matikannya supaya ia tidak merebak ke tempat lain. begitu juga politik, jika ada tempat (negeri atau menteri) yang bermasalah cepat cepat la kita selesaikan dengan elok (bukan main tuding jari). kalau menteri bermasalah, kasi pecat sajaa!

politik itu.. sama dengan membakar ayam.. bila ada bara yang kuat (duit yang banyak) kita perlu gunakan kesempatan ini untuk kesemua ayam ayam kita, letak banyak banyak.. kasi sama rata baru cepat masak. bila ada duit banyak, perlulah ahli politik gunakan untuk rakyat, bukan untuk ahli keluarga. ayam kalau bara kuat kuat, bole cepat hangit tau? tangan si pembakar pun mau terseksa kepanasan. begitula juga kalau menteri paw duit banyak banyak… terseksa diakhirat weh

ah ya.. satu lagi, kalau time membakar ayam tu kalau ada yang jatuh gua kasi baling kat kucing je, tak ambik basuh pastu bakar balik. sama la dengan menteri/ahli politik, sudah kotor kasi rijek saja!~

i’m back babeh

June 3rd, 2008 4:08 pm

hurayh!


who's online