mercury man filem superhero thai cam best

ari tu aku ada kata nak review pasal movie ni, so ni aku ada wat sket (sorry la kalo ada kesalahan bahasa) aku tak penah lagi wat review pasal movie neh hehe!
oh ya, kalo korang tak tau ape kebendenya cite mercury man tu, ni ha sinopsis di yang di ambik dari ThaiCinema.org

“Chan, a firefighter, is accidentally granted an unnatural superpower from holy objects called Leklai. Realizing both of the positive and negative side of this power, Chan tries to keep its in balance and in the mix with his own blood. At the same time, he is hunted by the mafia group who wants to take back this superpower.”

kira ni cite superhero thai la,

mercury man

bagi aku, cite ni agak menarik dan penuh ngan aksi, berbeza dengan kebanyakkan cite superhero lain, dimana cite ni takde part “jiwang” bagus! fullpack action

baju mercury man

cara pembukaan cerita ni juga agak menarik tapi kurang tersusun. aku rasa dia patut wat scene masa sami buddha tu seru menatang cacing mercury tu. baru la yang si jahat tu datang curik. ni cam kucar kacir sket.

ada gak sedikit kekeliruan dalam cite ni, dimana aku tak paham ape benda sebenarnya peranan budak yg ada kuasa psychic tu, kesilapan sama setiap pengarah amatur, jalan cerita kurang detail dan tidak jelas, tapi masih boleh diterima.

selain dari tu, dalam cite ni nampak cam pengarah dia ambik idea dari beberapa cite barat cam spiderman,superman dan pakaian mercuryman tu mengingatkan aku pada the phantom

aksi pergaduhan dalam movie ni menggunakan khidmat ong bak team. aksi pergaduhan pun hampir sama.

satu lagi, kalo korang perasan part yang bergaduh kat rumah api tu, mengingatkan aku pada scene dalam movie the rock(1996). haha!

dan part yang paling agak lawak ialah masa sluar dalam chan terbakar lepas layan majalah penthouse. pastu time yang masa heroin bagitau yang dia ada kompas ajaib

ni translasi dalam bm

“saya ada kompas yang boleh menunjukkan arah dimana rantai ajaib berada”

“kenapa tak beritahu saya awal awal”

“ianya rosak”

rosak? wawkakwa!

satu lagi yang aku tak puas hati ngan movie nie ialah penggunaan imej islam sebagai pengganas dan mafia.aku kira ini tidak berapa bagus dengan keadaan konflik puak islam di selatan thai. lagipun jika ianya ditayangkan keseluruh dunia, boleh memberikan imej buruk kepada ISLAM kerana ada tempat yang nak dibomb tu dilabel dengan besar “America for Child Fund“. Menunjukkan Islam adalah puak pengganas dan tidak bertimbang rasa.

tapi cite ni memberi pengajaran gak, dimana kita perlu menggunakan kuasa yang dianugerahkan untuk kebaikan. walaupun kita ada pilihan untuk menggunakannya bagi kepentingan sendiri

overall cite ni bole tahan walaupun aku tengok hanyala melalui youtube,semestinya kesan bunyi ngan grafik tak berapa jelas.namum ianya tidak sehebat ong bak dan tom yam kung.

apa apa pun, aku sedang menantikan satu lagi filem thai iaitu kon fai bin (dynamite worrior). aku dah tengok trailer dia, gempak giler aksi time bergaduh.

erm, dok review filem thai ni aku terfikir gak, bila la filem malaysia nak maju cam negara luar? ah aku tanak kata tak maju, sebab memang malaysia dah maju cuma masih tak setanding dengan negara lain dari segi jalan cerita,pembaharuan dan mutu filem itu sendiri.

kalau china dengan kehebatan aksi pantas kungfu nya, thailand dengan aksi tomoi yang kerasnya, bagaimana dengan aksi seni silat malaysia? aku nak tunggu tengok dalam cicak man nanti ada tak silat. hehe

kalo korang tak tengok lagi sila tengok mercury man kat youtube

bonus: ni trailer kon fai bin (fai tu maksud dia api keke)


4 Comments

  1. Posted December 2, 2006 at 1:15 pm | Permalink

    filem malaysia takde originality jer. semua nak tiru.

  2. Posted December 2, 2006 at 2:32 pm | Permalink

    trailer pun cun abis beb…:
    http://amanz.net/2006/10/02/mercury-man/

  3. Posted December 2, 2006 at 6:07 pm | Permalink

    azraai on December 2, 2006 at 1:15 pm said:
    filem malaysia takde originality jer. semua nak tiru.

    takde hal kalo tiru sebenarnya, tapi buat la biar nampak sempurna sket, jgn cam budak skolah tiru kerja rumah kawan dia, kalo kita tgk bollywood, dulu diorang pun tiru gak, utk pembelajaran sebenarnya.

    @amanz : yer trailer dia cun

    aku rasa negara kat asia tenggara ni masih kurang menyerlah dari segi penggunaan cgi.. kaku jek pergerakan keke
    [smokie]

  4. Posted December 5, 2006 at 4:41 pm | Permalink

    Beshhhhhhhhh sangattt