pergh giler, dah pukul 3 pagi. aku baru abis “membakar minyak di tgh malam” — terjemahan perumpamaan dalam BI. minggu depan ada 4 test tanpa henti. sementara tunggu rapidshare aku punya quee abis, aku nak taip entry ni dulu then download pastu tido.
hari khamis lepas kelas aku ada trip ke makmal metrologi kebangsaan ataupun di kenali sebagai national metrology laboratory (NML) di mata dunia. hehe! trip ni anjuran dr fauzi yg ajar aku subjek elektrik dan instrumentasi. oh sebelum tu, kepada mereka yang tak tau tu, makmal metrologi ni bukan yg kaji cuaca tu ye! ni makmal yang melakukan pengukuran. ejaan dia metrology jgn tertuka dengan metreology. harap maklum.
lawatan ni bukan kelas aku je, tapi dak dak daripada kos pure electric & instrument pun join gak. ini bukanlah lawatan sambil belajar, tapi lawatan sambil buat assignment (argh!). tapi dalam hati aku, aku cuma fikir bercuti je sbb hari tu hari “khamis”. oleh sebab tu, aku gi sana berbekalkan pen sebatang je.
sebelum sampai sana, kitorang singgah kat ayer keroh untuk makan tengah hari. pergh! makanan dia, mahal macam bedil! bedil pun murah sket aku rasa. giler ke ape nasi putih + ayam goreng + milo ais = rm8.50. dah la pinggan dia lapik ngan plastik sebab malas basuh. nyesalnya aku tak terus masuk kfc ke a&w ke. memandangkan harga mahal, aku dengan berok (gelaran kawan aku si nazme) mendapat idea baik. setan setan telah pun bersorakkan menggalakkan idea aku tu. kitorang tarik plastik lapik pinggan tu,pastu aku makan! kawan - kawan aku yg len pun turut serta. haha! menangis la ko nak basuh balik. kesian.
pukul 2.15, tiba kat NML. mula mula tiba, aku rasa kagum sebab sebelum ni aku menjangkakan bangunan dia lawa kat depan je tapi tak. memang meleset jangkaan aku sebab aku ingatkan bangunan dia stok macam bangunan kebanyakkan kat malaysia ni, luaran je macam lawa.. dalam hancus. cth terbaik : fke (harap maaf)
lepas sampai, solat zohor, then kitorang diberi ceramah sikit tentang sejarah dan peranan makmal metrologi neh.
aku tak dengar sangat, aircond menyejukkan macam ni tido sedap. lepas ceramah, kitorang dipecah kepada 2 kumpulan besar, satu gi makmal mekanikal. satu lagi gi makmal elektrik. aku selaku dak elektrik, konfem la pilih gi makmal elektrik dulu hehe :)
pergh… sebelum masuk pun kena pakai plastik ape tah kat kasut, tanak bagi berhabuk la kononnya. 1st sekali aku melawat makmal A/C (alternating current) punya calibration lab. mula mula agak bosan la sebab alat dia biasa je (tuan lab sendiri pun kata macam tu). then second kitorang di bawak ke makmal microwave. lawatan ni jadi semakin menarik, banyak plak alat - alat macam best. aku pun macam agak lupa ape yang terjadi waktu sebab aku leka melihat alat-alat yang serba canggih itu. antara makmal lain yang sempat aku gi ialah makmal elektrik dan kuasa, makmal arus terus (direct current D.C). masa kat makmal arus terus tu, aku 1st time tengok silicon oil. gunanya benda tu untuk mengawal suhu resistor yang nak di calibrate. kalo wat pc liquid cooler guna benda alah ni macam best gak. sejukk! ehe!
l ast sekali, time and frequency lab (makmal masa dan frequenc) ni lah aku rasa lab yang paling canggih dan kritikal operasi dia. menurut brother yang jaga lab tu, makmal tu memang takleh tutup/berenti beroperasi. sebab dia ialah tu la makmal yang jaga standard waktu sebenar kat malaysia ni. so kalo sape sape yang rasa cam dia la paling tepat kat malaysia ni. rasa macam betul betul dah set ikut jam kat TV. aku sarankan korang gi re-check balik kat http://mst.sirim.my . ha apa macam? ada sama x? jam aku dah dicalibrate ikut waktu sebenar kat mesia, tapi aku saje setkan awal 5minit sebab aku tanak gi lewat kelas. pastu aku mendahului korang 5 minit :P
dah pukul 5:40 gitu, group aku tak sempat melawat makmal mekanikal sebab dah tutup. aiseh, rugi rugi!! sementara menunggu dak-dak len siap wat lawatan, aku lepak jek kat bawah tu sambil usha amoi-amoi daripada kos len. hihihi!
dalam kul 6:30 bas gerak balik ke UTM, singgah lagi kat ayer keroh (tapi sebelah jalan) untuk solat maghrib & makan malam. sekali lagi harga macam bedil! damn it ingatkan tempat macam low class harga rendah la sket… lepas tu aku dah lupa ape terjadi sebab aku tido.
kul 10, bas sampai utm, men DOTA seround, tido. hari jumaat ada kuiz.
TAHI
masa kuiz aku x sempat hantar kertas jawapan aku sebab… erm, sebab tahi, ya tahi! ada tahi dalam kelas aku. sial. ko tak gheti jawab hantar je la blank paper. ko nak meniru orang sebelah buat tahi ape? soklan kuiz tu len len, takyah tiru la. sebenarnya, oleh sebab tahi - tahi ini meniru, masa untuk menjawab kuiz dipendekkan dan beberapa orang yang tak bersalah terlambat hantar kertas jawapan kuiz. penat aku mengira. mmg tahi. kertas aku lambat beberapa saat je pun kena rijek
”
ok la, aku dah start menyedut & tido. see ya. nanti aku upload lagi gambor masa lawatan tu. setakat ni ada 2 je kat gallery. malas nak jalan gi ambek ngan member aku kat blok sebelah.
caloooooo!
p/s: sepatutnya entry ni di publish pada pukul 3.15 pagi tadi tapi sebab tenet menggilakan dirinya aku x sempat publish, seb baik wordpress ada function auto-save :) kalo ada kesalahan bahasa ataupun ayat macam sampah,maafkan aku sbb masa tu aku fikir tido je dan dah malas nak cek.

5 Comments
agak-agak aku leh tak masuk U ko
ko try la apply![[tongue5] [tongue5]](http://wan.pengganas.net/smilies/tongue05.gif)
nanti leh jadi junior aku khe keh keh
aku dengar ko dok usha dak see time gi sana…
acece!! ![[smokie] [smokie]](http://wan.pengganas.net/smilies/smokie.gif)
smart gak web ko eh, bila nak ajar aku?
wei.. ko yg mana satu ha dalam gambar tuh?
cuba teka.. ehehekehekhe!![[blindfold] [blindfold]](http://wan.pengganas.net/smilies/blindfold.gif)
aku yg pakai baju warna paling cerah dan lain dari yg lain