i cant think A blog belong to Mohammad Azwan bin Ali. Most of his writings are about his real life story, ideas, thoughts, moderate political views, computer, programming, tips & tricks, particularly in Linux…. and of course it includes some random unspecified crappy stuffs too! Don't forget to check Movies and Junkyard pages out!
note: most of entries is not suitable for faint hearted person or anybody with iq below 100.

kesalahan itu manusia mana yang punya

huargh!! [bandito] dah lama tak meng-update blog ni. nampak cam agak terbiar seminggu dua ni. hehe [rolleyes]

tapi sebenarnya aku takde la mengabaikannya terus. aku maintain gak sikit - sikit, cuma aku tak post ape ape entry je sebab takde masa dol. [squid]

tengok tag cloud ngan rolling archive aku. ok tak? hehe [rock]

sebenarnya aku malas nak update sebab aku tengah sibuk menikmati cahaya matahari yang panas lagi mengeringkan baju baju aku [lolx]. tapi malam ni aku nak update sbb hujan dah start semula [raincloud]. ai takkan nak banjir lagi kot? sama sama kita berdoa biar tak banjir. [redface]

tapi bila bercakap tentang banjir ini. aku ada terbaca surat khabar. akhbar tu kata, jangan salahkan tuhan, ini semua silap manusia. yaya! betul tu. aku setuju. pembangunan melampaui batasan walaupun dengan perancangan rapi tapi kalo dah padat sangat, mana air nak pergi? dah maju tapi tak maintain macam mana air nak flow secara sempurna?

INI MEMANG SALAH "MANUSIA"!! tapi? persoalannya manusia yang mana satu?

bercakap tentang kesalahan manusia ni..

kebanyakkan mangsa banjir kata, banjir kali ke-2 kat johor ni disebabkan oleh air yang dilepaskan dari empangan. aku pun rasa cam betul gak walaupun pihak yang jaga empangan tu kata air dilepas secara terkawal. ape ke-bangang-nya korang nak lepas air dari empangan time hujan lebat pastu air sungai tgh melimpah ni?

buuut...buuttt..!! (tiru ayat en. ismail) huhu
you must really understand..

kalo tak lepas air kat empangan, nanti pecah! kalo dah pecah, banjir gak. tapi lagi teruk!!

jadi di sini, kesannya sama walau apa keputusan yang diambil. apa yang membezakan hanyalah berapa besar kerosakkan yang akan dialami.

erm, abistu salah manusia mana ni? *_*

semalam aku terbaca paper yang 2 3 hari lepas punya kot. menurut akhbar tu, air di empangan terpaksa di lepas sebab dah terlalu banyak, dah tak tertampung. punca - punca utamanya sebab empangan cetek ialah dek aktiviti penebangan pokok yang menyebabkan hakisan tanah. ni anak sultan johor yang cakap. beliau dia kata, time tu dia tengah naik helikopter round-round menikmati keindahan alam ketika banjir dan ternampak banyak kawasan hutan dilapangkan.

kalaulah betul semua pernyataan ini, maka salah manusia mana korang rasa - rasa?

salah manusia bergelar rakyat yang menyebabkan longkang tersumbat?

salah manusia penjaga empangan melepaskan air. demi menyelamatkan nyawa manusia daripada terkorban lebih ramai?

atau salah manusia yang melakukan penebangan pokok secara haram?

atau salah si keparat bercakap banyak time bencana sebab tak kawal aktiviti-aktiviti haram penebangan pokok itu?

sebenarnya inilah standard rakyat malaysia. bila terjadi sesuatu perkara barulah nak diadakan sesuatu benda. dah terjadi satu kemalangan baru nak ada pencegahan. dah ada yang menegur baru nak ada yang bekerja. dah ada yang senyap, semuanya kembali kepada macam biasa.

tapi lain pula cerita ini,

penubuhan briged bencana. ramai pelajar join. sebab apa? nak baju dan cap percuma. tahniah! anda rakyat malaysia yang berperikebajuan.

aku join tak briged bencana gi bantu mangsa banjir? tak join.

ni plak satu lagi lawak bodoh antara kambeng, anggota RELA cabul mangsa banjir. tahniah rakyat malaysia!
dalam tv asyik dok cerita negara kita la paling best, paling gempak, paling bagus, paling...ape ape lagi la time menyelamatkan mangsa bencana kat luar negara.. poraaaaaah! cakap lebat la ko tv!

ni plak email yang aku terima pasal punca banjir,
satu email yang boleh dijadikan lawak ujang versi ketawa sampai putus urat ketiak!

"Sultan Johor
Bagaimanapun, apabila banjir besar melanda kali kedua dalam tempoh tiga minggu di Johor, termasuk Johor Bahru, banyak teori diperbualkan mengapa Johor menjadi negeri yang paling teruk dilanda kali ini.
Teori yang popular, tetapi sukar untuk diprcayai, adalah kerana pemimpin negara kita engkar terhadap titah Duli yang Maha Mulia Sultan Johor yang baru-baru ini mencadangkan Tambak Johor dipecah dan digantikan dengan sebuah jambatan.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor membuat cadangan itu supaya air di Selat Teberau dapat mengalir dengan baik. Kalau tidak, Tambak Johor itu menghalang pergrakan air.
Adakah teori ini betul? Adakah benar bumi Johor dilanda banjir dengan seteruk-teruknya kerana pemerintah Malaysia enggan memecahkan Tambak Johor? Adakah benar banjir kali ini akan meredah Tambak Johor sehingga terbelah dua?
Seorang saudara saya di Kota Tinggi, baru-baru ini agak musykil kenapa bumi Johor paling teruk dilanda banjir. Katanya, mungkinkah ada sesuatu yang tidak kena?"

lawak ape ni? ko idop zaman ape? sultan tu manusia je, lambang kedaulatan negeri semata mata. takde maknanya.takde dia pun, takde masalah sebenarnya. dia takde kuasa ajaib ke ape ke. paham?

kalo memang kawasan tu hujan tak henti - henti pastu tambahlak air dari empangan. ko menangislah siang dan malam memang, banjir memang akan terjadi punya. buat la 10 jambatan indah pun.

taip banyak pun tak guna. ini sekadar renungan untuk kita semua.

yang penting sekarang adalah bagaimana kita mahu memulihkan saikologi dan kehidupan mereka selepas banjir?

aku pun tak gheti, kalo aku gheti pun. aku nak cakap camana. diorang tak baca blog ni.

apa apa pun. semoga tuhan memberkati mangsa mangsa banjir dan kehidup mereka senang selepas ini.

kepada kerajaan malaysia. takkan bagi RM500 je kot kat diorang? up la sket, takkan duit untuk kempen dan baju briged becana boleh kuar, duit untuk mangsa banjir ciput je.

ok la, calo..assalamualaikum, selamat tido! cukup aku merapu untuk hari ini.

2.40 a.m mata dah kabur *_* ... . . .


3 Comments

yer lah manusia..biasa la [ghost]

Posted by abu bakar on 29 January 2007 @ 3pm

panjang lebar sungguh ko bebel pasal banjir saje. insyALLAH dah ok johor dari banjir2 ni. Kalo tak ok gak, abes laa buang masa student tetiap minggu nak gi tolong2 [cutie] [dance]
hehehehe...[thumb]
anyway..ko cuti 10 ke 13feB? aku musykil tul aar hep taknak bagi cuti 12feb.>_<

Posted by azreencomel on 30 January 2007 @ 8am

ko ponteng je kelas ari isnin tu... uhuhu!! [ghost]

Posted by novatech on 31 January 2007 @ 4pm