dulu gua penah cite pasal iklan lucah kat tv, sekarang ni iklan tak senonoh kat surat khabar plak.
time gua tengah tunggu burger gua siap, gua baca la kejap surat khabar berita harian, bosan semua tajuk sama je (politik) tapi biasa la tu demam pilihan raya tak habis lagi, sebulan dua lagi tu, reda la… standard la kat malaysia, semua benda hangat hangat tahi ayam je. nanti lama lama sejuk… tapi semua tu takde kaitan dengan entry gua kali ni, lupakan.
time gua tengah belek belek paper tu, maka terjatuhlah 2 3 keping risalah yang diselit kat tengah paper tersebut. iklan daripada syarikat berlainan tapi mempunya mesej yang sama. meningkatkan tenaga batin. yang takleh blah gua baca ayat dia “rasa kecewa selepas tewas diranjang main bowling dengan isteri?” kami boleh membantu anda dengan ubat kami. memang la bagi kita ini perkara biasa. takde yang peliknya sebab kita dah dewasa. walaupun perkataan diranjang itu di-strike-kan dan diganti dengan “main bowling” namun mesej asal yang berbaur lucah tetap ada di situ dan difahami keseluruhan masyarakat masa kini.
apa yang gua khuatir ialah, bila anak anak kecil yang membacanya, mesti mereka pelik.. apa kejadahnya diranjang tu? kenapa dia padam pastu ganti dengan main bowling… bowling tu main kat ranjang ke? ranjang mana?? kaki bukit ke? nanti mula la diorang terkonfius dengan benda benda macam ni. bukankah kita ingin menghasilkan masyarakat suka membaca dikalangan budak budak zaman sekarang? surat khabar adalah permulaan yang. tapi kalau dah paper pun dipenuhi dengan risalah sampah tentang ubat penguat batin dan iklan iklan berkaitan “seks”. takyah la.. takde makna semua tu. mungkin lepas ni kena buat paper yang di rated sebagai <U> dan <18SX> la
pastu satu lagi gua pun pelik, apa kejadahan ubat ubat ni diiklankan kat pelajar? aritu gua balik bilik, ada gak risalah sampah ni kat pintu bilik gua. ubat kuat la, kopi kuat la, pil kuat la herba kuat la… dah makan pastu stim, dah stim sangap pulak, dah sangap nak lepas kat sape kalau bini takde? tu yang jadi maksiat merata rata tu… awek awek sekarang pun gua konpius la, muka baik je… nampak gaya macam bole buat bini tapi sekali stok gileseks gak (ada 2 3 eko budak utm). mungkin terlebih makan ubat kuat kot ?
tapi.. bila gua tengok iklan iklan tu gua ada terfikir gak, bole pakai ke ubat ubat ni? apakah sebab ianya dipromosi dengan lebih elok dan menggunakan modal yang lebih besar ianya tidak memudaratkan sepertimana ubat yang dijual kat pasar-pasar atau kaki lima? iklan bukan main lagi walaupun kertas nampak macam photostat je, tapi letak kat berita harian tu… mesti la barang “baik” dan berkesan. siap letak gambar tuan syarikat dia pakai baju apa eh yang orang pakai untuk konvo tu.bijak pandai la kononnya, mungkin ada pHD farmasi kot tak pun chemical hanjengeeering. bak kata iklan dalam surat khabar tu jugak tapi bahagian agama dan nasihat, jangan mudah terpedaya dengan janji janji manis ubat kuat ni nanti merana hidup.agak agak penjual kat kaki lima tu ambik stok untuk dijual daripada syarikat mana ??
*fikir*fikir
2 Comments
xde ss ke iklan 2
b2l tu..