i cant think A blog belong to Mohammad Azwan bin Ali. Most of his writings are about his real life story, ideas, thoughts, moderate political views, computer, programming, tips & tricks, particularly in Linux…. and of course it includes some random unspecified crappy stuffs too! Don't forget to check Movies and Junkyard pages out!
note: most of entries is not suitable for faint hearted person or anybody with iq below 100.

cadangan kosong

di negara kita ada 2 puak politik

satu pemerintah (kerajaan) dan satu lagi pembangkang (bakal pemerintah)

walaupun dua puak ini mempunyai idealogi berbeza tapi satu perkara yang hampir sama antara mereka ini.

kalau pihak pembangkang (bakal pemerintah) terkenal dengan janji kosong serta dakyah palsu mereka, pihak pemerintah (kerajaan) pula terkenal dengan cadangan kosong serta cakap lebat mereka.

gua dah perhati 2 3 minggu tentang beberapa cadangan untuk mengatasi masalah harga minyak naik ni. banyak cadangan "macam best" yang di keluarkan.. macam macam ada! kad diskaun pelajar la, kad subsidi petrol la, apa lagi..?? oohh yaa.. potong gaji menteri.. yaa 10% tu.. (yang terlaksana atau tidak..Allahualam)

selain daripada potong gaji tu, lain lain cadangan kosong lah! cakap je lebat, sampai hari ni pun takde apa apa lagi.

gua ingat lagi, kata salah seorang khadam menteri (tak terkenal gua lupa nama) menurut beliau,

"bagus cadangan ini semua, nanti kita bincang, kalau bagus kita terima" sendiri cakap bagus, lagi mau fikir apa? orang lain pun cakap bagus, lau mau tunggu apa? tunggu orang lupa?

kalau terlaksana pun cadangan ini semua, belum tentu lagi semua rakyat dapat subsidi tu. bai, harga minyak naik bukan orang bawak motor/kereta je terasa bahangnya, makcik jual sayur kat pasar pun terasa tau?? takkan nak bagi kad untuk pemilik kenderaan sahaja? makcik makcik tadi apa macam??

bak kata pepatah moden "berat ringan sama di dijinjing, berat sama dipikul, harga minyak mahal, itu lu punya pasal"

oh ya, gua ada tertengok satu iklan kat tv tadi, iklan pasal e-aduan kpdnhep.. pergh bagus bebenor lah web ni!! gua nak test buat aduan pasal duit satu sen, kita tengok berapa tahun baru tindakan diambil (mungkin time tu duit satu sen dah lupus kot)