Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan ada 10 perkara termasuk kategori sia-sia, iaitu :
1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak dimohonkan doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum muslimin.
2. Orang yang sering membaca al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib 100 ayat setiap hari.
3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat tahyatul masjid.
4. Orang yang melewati tanah perkuburan, tatapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka.
5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
6. Lelaki dan wanita yang tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi melayan tetamunya acuh tak acuh.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berhargauntuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10. Orang yang tidak menyedari tetangganya merintih kelaparan, sedangkan dia sendiri makan kekenyangan di rumahnya.