Archive for the ‘thoughts’ Category

duit satu sen

June 15th, 2008 12:03 am

gua rasa duit satu sen dah tak laku sekarang ni kan?? apsal market kat kampung gua guna lagi satu sen ni?? bangang betul la gua, tiap kali beli je bawah balik duit satu sen.

tapi time gua nak bayar dengan duit satu sen ni, tanak plak. gua ada tanya itu makcik cashier bukan ke dah tak pakai satu sen, selambe kentang je dia jawab “selagi ada kita pakai je la..nanti lama lama habis la tu”

bangkai punya orang, sampai mampos pun tak abis satu sen ni selagi dok pusing situ la.

mana penguatkuasaan? mana kuli kuli kere-jaan kita? orang dah kasi gaji baekk… lagi kerja malas ka?

bukan untuk yang hitam pendek dan gemuk

May 26th, 2008 6:09 pm

jika anda ada salah satu daripada 3 ciri ciri ni

hentikan niat nak join apa apa reality show

sekian

tuhan suruh tutup aurat, bukan pakai tudung jer

May 24th, 2008 12:57 am

gua heran, kenapa orang sekali ni tak faham faham, tudung tu bukan perhiasan wahai makcik macik, kakak akak..adik adik. dan takde sape sape suruh pun korang pakai tudung, orang suruh tutup aurat jeee.. dan aurat wanita itu daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. tudung tu ibarat alat/pakaian untuk menutup aurat bahagian kepala. kalau rasa bole bungkus dengan kotak bungkus je asal tutup aurat tu.

firman Allah swt,

Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

tapi gua heran… kenapa ramai pakai tudung, tapi kasi nampak jambul ( sila rujuk isteri menteri mana takde buat macam ni) tak pun, pakai tudung tapi singkat.. rambut nampak gak kat belakang. tak pun.. pakai tudung baju lengan pendek. isk isk isk, gua bukan apa.. gua tak kisah pun awek awek kita ni nak pakai macamana tapi tolonglah jangan jadi macam ini

(1:28am) <*snip*> <NuR_Idaah> maso kijo tudung lar…kang keno mpkb saman kang
(1:28am) <*snip*> <myspace> maso jale jale paka dok
(1:28am) <*snip*> <myspace> mpkb saman ko tok paka tudung
(1:28am) <*snip*> <NuR_Idaah> yo lah…rm200 tau
(1:28am) <*snip*> <NuR_Idaah> tengok la,kalau shopping aper x lah pakai
(1:28am) <*snip*> <myspace> oooo
(1:28am) <*snip*> <myspace> ingatkan pakai kerana takut Allah rupanya takut mpkb
(1:28am) <*snip*> <myspace> keh keh keh

menutup aurat itu kewajipan dan tuntutan agama..bukan kewajipan daripada MPKB. tapi kalau dalam islam hadhari, pakai tudung tu terus dikira menutup aurat kot?? kerana orang orang macam ini lah timbulnya ayat “alah pakai tudung pun belum tentu gadis baik” dan “eleh, pakai tudung pun kena rogol gak”

sape tanak rogol kalau pakai tudung tapi sluar ketat,baju ketat? sesungguhnya semua lelaki boleh stim kecuali yang dah mati pucuk je!

renung renunglah, Allahualam…

sumber bacaan untuk anda

AURAT?? renungan sejenak..

Aurat, apa sudah jadi

era minta sedekah siber

April 17th, 2008 6:53 pm

zaman sekarang ni tak payah susah susah nak mintak sedekah

tak payah mengemis, tak payah buat muka sposen.. dan tak perlu berwajah sedih

guna je akaun paypal. mintak la donation

seb baik bangla bangla kat malaysia ni buta IT, kalau tak mau setiap orang ada blog/website

ye laaa takde website nak letak link donation celah mana???

wakwkakwakwakhakahkahahahah!!!!

iklan tak senonoh plak

March 29th, 2008 8:30 am

dulu gua penah cite pasal iklan lucah kat tv, sekarang ni iklan tak senonoh kat surat khabar plak.

time gua tengah tunggu burger gua siap, gua baca la kejap surat khabar berita harian, bosan semua tajuk sama je (politik) tapi biasa la tu demam pilihan raya tak habis lagi, sebulan dua lagi tu, reda la… standard la kat malaysia, semua benda hangat hangat tahi ayam je. nanti lama lama sejuk… tapi semua tu takde kaitan dengan entry gua kali ni, lupakan.

time gua tengah belek belek paper tu, maka terjatuhlah 2 3 keping risalah yang diselit kat tengah paper tersebut. iklan daripada syarikat berlainan tapi mempunya mesej yang sama. meningkatkan tenaga batin. yang takleh blah gua baca ayat dia “rasa kecewa selepas tewas diranjang main bowling dengan isteri?” kami boleh membantu anda dengan ubat kami. memang la bagi kita ini perkara biasa. takde yang peliknya sebab kita dah dewasa. walaupun perkataan diranjang itu di-strike-kan dan diganti dengan “main bowling” namun mesej asal yang berbaur lucah tetap ada di situ dan difahami keseluruhan masyarakat masa kini.

apa yang gua khuatir ialah, bila anak anak kecil yang membacanya, mesti mereka pelik.. apa kejadahnya diranjang tu? kenapa dia padam pastu ganti dengan main bowling… bowling tu main kat ranjang ke? ranjang mana?? kaki bukit ke? nanti mula la diorang terkonfius dengan benda benda macam ni. bukankah kita ingin menghasilkan masyarakat suka membaca dikalangan budak budak zaman sekarang? surat khabar adalah permulaan yang. tapi kalau dah paper pun dipenuhi dengan risalah sampah tentang ubat penguat batin dan iklan iklan berkaitan “seks”. takyah la.. takde makna semua tu. mungkin lepas ni kena buat paper yang di rated sebagai <U> dan <18SX> la

(more…)


who's online