Archive for the ‘politics’ Category

cadangan kosong

June 23rd, 2008 4:03 am

di negara kita ada 2 puak politik

satu pemerintah (kerajaan) dan satu lagi pembangkang (bakal pemerintah)

walaupun dua puak ini mempunyai idealogi berbeza tapi satu perkara yang hampir sama antara mereka ini.

kalau pihak pembangkang (bakal pemerintah) terkenal dengan janji kosong serta dakyah palsu mereka, pihak pemerintah (kerajaan) pula terkenal dengan cadangan kosong serta cakap lebat mereka.

gua dah perhati 2 3 minggu tentang beberapa cadangan untuk mengatasi masalah harga minyak naik ni. banyak cadangan “macam best” yang di keluarkan.. macam macam ada! kad diskaun pelajar la, kad subsidi petrol la, apa lagi..?? oohh yaa.. potong gaji menteri.. yaa 10% tu.. (yang terlaksana atau tidak..Allahualam)

selain daripada potong gaji tu, lain lain cadangan kosong lah! cakap je lebat, sampai hari ni pun takde apa apa lagi.

gua ingat lagi, kata salah seorang khadam menteri (tak terkenal gua lupa nama) menurut beliau,

bagus cadangan ini semua, nanti kita bincang, kalau bagus kita terima” sendiri cakap bagus, lagi mau fikir apa? orang lain pun cakap bagus, lau mau tunggu apa? tunggu orang lupa?

kalau terlaksana pun cadangan ini semua, belum tentu lagi semua rakyat dapat subsidi tu. bai, harga minyak naik bukan orang bawak motor/kereta je terasa bahangnya, makcik jual sayur kat pasar pun terasa tau?? takkan nak bagi kad untuk pemilik kenderaan sahaja? makcik makcik tadi apa macam??

bak kata pepatah moden “berat ringan sama di dijinjing, berat sama dipikul, harga minyak mahal, itu lu punya pasal”

oh ya, gua ada tertengok satu iklan kat tv tadi, iklan pasal e-aduan kpdnhep.. pergh bagus bebenor lah web ni!! gua nak test buat aduan pasal duit satu sen, kita tengok berapa tahun baru tindakan diambil (mungkin time tu duit satu sen dah lupus kot)

hoi khadam khadam negara

May 24th, 2008 5:58 pm

hoi khadam!
bangun
harga beras semakin naik ni
jenayah terlalu banyak ni
minyak dah nak jadi emas ni

hoi seteru khadam!
bangun
cukup - cukup la bersandiwara
korang pun 1 kali 1 sama dengan 1
mana air percuma, mana cukai rendah?

hoi khadam khadam negara
bangun la
malaysia sedang menuju kegelapan ni
parlimen dah jadi tempat baca buku (teks ucapan) saja ke?

hoiiii khadaaaamm!!
bangun
awek awek negara kita semua dan semakin takde dara ni
bangla bangla, mat indon, viet, burma semua jajah jalan jalan kita ni

hoii khadam muda!
bangun lah dari mimpi menjadi beruk
bangun la dari mimpi menjadi pejuang keadilan
mat rempit semakin bertambah ni
budak sekolah pun dah geti melacur

ingat!, korang tu khadam.. di pilih oleh rakyat dibayar dengan duit rakyat (cukai) buat kerja elok elok, jangan banyak bunyi. khadam (pemimpin) sila ikut arahan tuan (rakyat)

gua nak berniaga nasi kerabu pun susah ni beras semakin mahal
5 tahun lagi gua calon bebas MB kelantan, undila gua kasi free bekalan beras 5 tahun
okay?
“ini bukan puisi ini bukan sajak, ini kata dua”

ludah pak lah!

March 4th, 2008 11:46 pm

satu malaysia sudah tahuu
masalahnya semua membatu
buletin utama,edisi 7
semua satu bagaikan mesin

paklah a.k.a si perdana menteri…
mengintai kelantan…. buat agendaaa

ludaaah… pak lah…ludah paklahh…

kempen sana.. kempen sini…
raih undii
alasan kamu… islam hadhari lagi

kaulah ketua, kaulah imam, kaulah wali…
disco dansa, pegang wanitaaaaa
budaya kita islam hadharii… ??

*oowh seakan dengar ditembak dengan senapang gajahh..kebaboom whoohoo…*

ludah…paklah!! ludahhh paklahh!!!

ludaaaaah!! paklah

ludaaaaah!! paklah

paklah jahatnam……

(lirik di modifikasi daripada lagu hujan - ludah amerika …tanpa kebenaran)

mesej daripada lirik ini tidak dituju untuk mana mana parti dituju atau dibuat untuk kempen mana mana pihak, ianya ikhlas  daripada gua khas untuk orang no 1 malaysia, Abdullah Badawi.

(more…)

(spr) ? bersih : kotor

February 26th, 2008 3:04 am

801018775059

cuba gi cek ic ni kat senarai orang yang layak mengundi utk PRU ke 12 kat http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp

pastu bagi tahu gua ape kejadah orang tahun 1880 pun bole mengundi lagi di zaman millenium skrang ni? umur 128 ada ke yang hidup lagi? setahu gua rekod orang paling lama hidup kat malaysia tak sampai pun 128 tahun..

ni taktik kotor pengundi hantu ke ape? atau gua silap,mungkin pengiraan umur orang lahir sebelum tahun 1900 lain sket. kalau lain pun,sah sah orang yang lahir tahun 1901 pun umur 107 je.

system error? gua rasa tidak, sebab bukan satu ic ni je wujud.

ada melambak lagi, sila google no ic ni nanti ada la senarai senarai yang lain

kalau betul la benda ni, memang sial la spr ni.. dah la gua nak daftar mengundi pun kena ambik masa hampir satu tahun. cara betul slogan telus dan cekap diorang. memang telus! memang cekap..! ya…memang bersih

gua tak tau la salah ke tak dari segi undang undang/perlembagaan malaysia untuk post benda ni. kena tangkap pun tangkap la.. ape gua pedulik. ISA PUN ISA LA LABU

dan kepada tuan no ic tu..sorry la brother, R.I.P
bersih ke spr?

fikir*fikir …sekian.

masalah dengan manusia

February 17th, 2008 5:56 pm

apa pasal manusia suka cakap pasal kesalahan orang je?

tanpa memikirkan kesalahan sendiri?

ni berlaku,terutamanya time nak pilihanraya ni.

pas kata umno tak bagus,umno kata pas tak bagus dan seterusnya

yayaya.. sape sape pun ada kelebihan dan kelemahan, itu korang sendiri pilih time pilihan raya, tak payah nak kutuk mengutuk. buat masyarakat kita dipandang rendah je!

yang gua takleh blah nya… ada lak manusia yang anti-pilihanraya dan mempromosikan supaya takde orang keluar mengundi.

alasannya,keluar mengundi pun harga tetap naik. sape sape menang pun maksiat tetap ada. arak masih dijual berleluasa, kelab kelab malam tetap dibukak.. dan macam macam lagi perkara buruk

alasan lain, pergi mengundi buat apa kalau “yuran sekolah naik, harga minyak naik dan harga barang barang naik

WTF!?

kalo pergi mengundi semua ni terjadi,kalo tak pergi semua ni takkan terjadi ke bai?harga turun? minyak turun? semua turun? tapi ekonomi jatuh,nak beli gula gula pun tak mampu ape gunanya?

nak jadi macam negara papua new guine ape kejadah tu ke? takde sistem pemerintahan suatu ketika dahulu?

satu lagi, semua masalah yang di war warkan tu, ada cara penyelesaian tak?

kenapa manusia suka bising bising tentang masalah dan menuding jari, tapi tidak pula bising bising cara menyelesaikannya?

jangan biarkan golongan radikal ini merosakkan proses demokrasi negara kita

gua tak pedulik mana satu korang nak pangkah nanti,itu korang punya hal. undi itukan rahsia!

tapi keluar la mengundi beramai ramai

walaupun gua tak layak mengundi lagi sebab dengar cite nak daftar pengundi proses dia satu tahun baru siap!!

tunaikanlah kewajipan anda sebagai rakyat.jauhi sebarang perbuatan yang mampu mencetuskan tunjuk perasaan/perbalahan antara kaum/perbalahan sesama kaum/dan seangkatan dengannya

oh ya,sebelum gua terlupa… sape boleh bagi tau gua parti mana yang akan buat manifesto ni

“HALAU SEMUA PENDATANG HARAM KAT NEGARA KITA DEMI KESENANGAN RAKYAT JELATA” ?

sila bagitau gua!

gua rasa penting manifesto ni,sebab time gua tengok kat buliten utama tadi, dia cakap macam ni “kawasan YYY mengalami pembangunan pesat setelah diperintah parti XXX dan menjadi tumpuan pendatang asing mencari rezeki, tempat ini juga menjadi kawasan perindustrian yang maju” apekejadahnya TV3 cakap macam tu? ramai pendatang asing menggambarkan tahap kemajuan? HOHohoHohOHoo!! ?? sakit otak?

satu lagi,dengar cerita kampung gua diberi gelaran perkampungan hadari? hadari ape kejadah kalo situ port orang berjual beli pil kuda? *gua gelak dalam hati selamanya*

sekian lah dulu bebelan gua sempena demam pilihanraya ni, rugi betul gua takleh mengundi di umur 21thn =_=”


who's online