musik and nostalgia

korang pernah tengok cerita john doe tak? ada satu episode pasal orang kena bunuh dengan high frequency wave yang takleh didengar oleh telinga manusia. tapi boleh merosakkan alat elektronik (pengawal renjatan jantung)

hehe.. ape kaitan dengan entri kali ni? sebenarnya takde la sangat kaitannya. cuma dalam episod ni, john doe cuba teknik yang agak bijak untuk memulihkan ingatan dia.. guna “musik”, ya “musik dan nostalgia”, ianya merupakan satu yang sangat berkait rapat. korang semua mesti ada lagu - lagu yang korang dengar time kecik-kecik, bila dengar balik kat radio, teringat zaman muda.. hehe :D

aku selalu teringat zaman aku buat wau sendiri bila aku dengar lagu… entah lagu ape, ada satu lagu melayu yang tengah top meletop panas.. bagaikan goreng pisang time tu. scoin kot yang nyanyi tapi aku lupa tajuk dia.

cakap pasal musik ni sebenarnya aku telah di-tag oleh si cypherhackz. kalau ikutkan hati malas je aku nak join tag ni. tapi takpe la.. member-member punya pasal, aku tak kisah lah.. haha!

tag ni ada rule dia sket..iaitu :

Pergi ke laman web ini - Pop Culture Madness

  1. Pilih tahun anda berumur 18 tahun (tahunnya tersusun rapi di sebelah kiri laman web)
  2. Pilih lagu yang mempunyai kenangan nostalgia anda
  3. Tulis sesuatu yang menunjukkan bagaimana lagu itu memberi kesan kepada anda
  4. Pilih lima orang rakan atau lebih untuk melakukannya!

so lagu - lagu yang dicalonkan… ialah :

Boulevard Of Broken Dreams - Green Day — lagu ni la paling aku serabut bila dengar balik, ia mengingatkan aku kepada suasana bising,bingit dan tahap tekanan tinggi. ni lagu yang aku selalu dengar masa jaga cc dulu. budak budak halus suke pasang lagu ni ulang sampai aku rasa ni la lagu greenday yang tak patut dilayan lagi.

My Humps - The Black Eyed Peas — ringtone gadis itu. teringat zaman mengayat gadis 100% ku masa zaman sekolah sampai matrik hehe… tapi kini gadis itu dalam koma.

Feel Good Inc - Gorillaz windmill windmill for the land, turn forever you and me.. yeah lagu ini! lagu zaman giler game. time tu aku terjerumus ke kancah permainan game online. zaman aku menagih game. zaman aku isap ganja bernama gunbound. zaman aku khayal dengan pil-pil ragnarok. esspecially kegilaan pvp di arena skyRO… haha! aku selalu pasang lagu ni sambil membelasah dan dibelasah kanak kanak halus.

Dirty Little Secret - The All — American Rejects & Best Of You - Foo Fighters mengingatkan aku kat syam. roomate aku masa kat matrik. dia giler kumpul kaset & cd. masa tu aku ingat lagi, satu minggu study week tu dia pasang 2 lagu ni je ulang ulang tanpa henti, tapi tak muak macam greenday punya “boulevard of broken dreams” tu sebab ni layaaaaan beb.. baik punya masyukk … haha!

Beverly Hills - Weezer — ni lagu last, lagu ni ada nostalgia ngan member matrik aku. aku tak ingat ape nama original dia, tapi gelaran dia mawi. (gelaran sejak mrsm lagi) jangan ingat mawi rambut sikit tu plak… ni lain! haha! bukan lagu beverly hills ni je. ape ape lagu weezer mengingatkan aku kat dia, sbb dia memang otai men lagu ni. dengan selamba katak je dia bleh main semua lagu weezer.

hehe.. itula sedikit sebanyak tentang lagu lagu yang menhengatkan aku kat zaman muda dulu-dulu. sebenarnya ada banyak lagi lagu lagu len, tapi malangnya lagu tu hit pada zaman muda mak bapak aku. bukanya masa aku umur 18 tahun. -_-” dan mintak maaf, takde mp3/video. kalau korang ni daripada zaman batu dan tak pernah dengar semua lagu lagu ni, cuba lah http://radioblogclub.com ..

till then… see ya

eh eh.. orang seterusnya aku nak tag, ikut syarat kena suruh 5.. tapi takpe la aku nak suruh 2 orang nieh

azreen dengan dinswok

aku tau korang bz exam..takpe takpe korang jawab la tag ni lepas exam
dan mangsa lain ialah.. sape sape saje blogger yang baca entry ni.. aku tag korang semua hahahah!!!!!!!!!

caloo!

5 Comments

  1. Posted April 22, 2007 at 8:43 am | Permalink

    aku tertanya2 sapa la gadis 100% tu ye? btw kau ada hint untuk SE?

  2. Posted April 22, 2007 at 1:21 pm | Permalink

    gadis 100%? hus dat pokemon? dah la 100%.
    huhuhu…ermm…nanti aku buat laa,ek.[thumb]

  3. Posted April 22, 2007 at 8:45 pm | Permalink

    cypher : aku takde tips la.. ekekke
    azreen : hehe.. jgn di tanye sape pokemon itu.. hahak
    [color][blindfold]-_-

  4. Posted April 23, 2007 at 1:04 am | Permalink

    ko mmg nyett aar…!
    mana ada link ke Pop Culture Madness.. haih~
    terpaksa laa aku carik inisiatif sendiri [cry][ghost]

  5. Posted April 23, 2007 at 1:13 am | Permalink

    eh.. sory lupa plak.. hehe!
    hah ni link dia http://www.popculturemadness.com/Music/
    huhu! mintak ampun nekk [salute]

3 Trackbacks

  1. By jeu du casino on May 1, 2008 at 10:30 pm

    poker video game video poker video poker pro…

    Nowadays la stratégie texas holdem payday loan toronto…

  2. By black jack game on June 15, 2008 at 12:23 am

    texas holdem poker spielregeln…

    There mosquito ringtones casino en ligne gratuites polyphonic ringtones juego de poker find online casino…

  3. By nonsense softwares | novatech @ pengganas on June 15, 2008 at 5:36 pm

    [...] take a look at my lucky spammer no 7777 winner. i wont delete the comment and to the owner of this shitty spam organization, please [...]